Pharmaniaga unjur hasil jualan cecah USD30 juta (Berita RTM)

(Majlis MoU dengan JDmas)
  • 31 Oktober 2022
  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Diterbitkan di Semasa

DAMANSARA: Pharmaniaga Bhd mengunjurkan hasil jualan mencecah USD30 juta bagi pasaran China menjelang 2025.

Menerusi kerjasama dengan JDMAS Commerce Sdn Bhd, syarikat farmaseutikal tersebut bakal mempunyai akses kepada lebih 1.4 bilion penduduk negara tembok besar itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, "jumlah itu turut meliputi 570 juta pengguna JD.Com, platform e-dagang terbesar di China.

"Bukan untuk memasuki negara China, terutamanya produk farmaseutikal. Negara China merupakan pembekal terbesar bagi produk farmaseutikal.

"Bagaimanapun kita percaya dengan produk-produk yang ada di Pharmaniaga adalah tulen dan diiktiraf."

Tambahnya, JDMAS akan bekerjasama dengan Pharmaniaga untuk mendaftar, mengimport, mengedar dan memasarkan produk jualan di kaunter dan produk penjagaan kesihatan di China.

Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis tandatangan perjanjian persefahaman dengan JDmas diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Bruce Lim.

(Zulkarnain Md Eusope pada Majlis MoU dengan JDmas di Damansara)
En. Zulkarnain Md Eusope pada Majlis MoU dengan JDmas di Damansara

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/49978-pharmaniaga-unjur-hasil-jualan-cecah-usd30-juta

Start Cross Border Ecommerce now